Pada 10 - 16 Disember 2012, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah menerima 03 peserta kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Ustaz Abdul Khalil Bin Hasan, Ustaz Sheikh Hadzrei Adam Bin Seberi dan Ustaz Datu Mohd Sallehin Bin Moksan. Program ini juga turut melibatkan penyertaan penghuni yang berada di Fasa I, II, III dan juga ODP yang berada dalam selian Parol Pantai Barat. Penghuni berpeluang mengikuti pelbagai akitiviti yang dirancangkan seperti ceramah, tazkirah, latihan dalam kumpulan, sembahyang berjemaah, kelas motivasi dan sesi kaunseling.
""